Wednesday, March 2, 2016
Logitech Mengumumkan Aksesori Untuk iPad Air 2 Di Malaysia – Type+ Dan AnyAngle
Ketika pengumuman iPad Air 2 sebelum ini, Logitech telah mengumumkan beberapa aksesori khusus untuknya. Kini, dengan iPad Air 2 yang telah mula ditawarkan di Malaysia, pihak Logitech turut mengumumkan penawaran aksesori mereka untuk pasaran tempatan. Dua produk diumumkan oleh Logitech untuk iPad, iaitu AnyAngle dan juga Type+. Logitech AnyAngle merupakan sebuah pelindung luar untuk tablet Apple, disamping turut hadir dengan fungsi untuk membolehkan anda mendirikan dan memposisikan tablet mengikut kesukaan anda mengikut penggunaan. Logitech Type+ pula merupakan sebuah papan kekunci yang dioptimasikan untuk iPad, yang mana turut hadir bersama-sama dengan pelindung luar untuk iPad Air 2. Ia direkabentuk untuk memudahkan anda menaip pada pelbagai keadaan, tidak kira dimana anda berada. Perkara ini sekaligus membolehkan anda membuat tugasan pantas menggunakan papan kekunci fizikal khusus untuk iPad ini. Logitech AnyAngle untuk iPad Air 2 dan juga iPad mini akan ditawarkan pada harga RM189, semnetara Logitech Type+ pula akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM299 bermula pertengahan Disember ini.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment