Tuesday, March 8, 2016
(Konsep) Air Pack – Bagasi Dengan Sistem Beg Udara Menyerap Hentakan Terbina
Terdapat puluhan video viral menunjukkan bagaimana bagasi milik anda dicampak ketika diturunkan dari pesawat. Tidak menghairankan untuk melihat bagasi baru anda dipenuhi calar balar dan kemek selepas mengambilnya di tempat pengambilan beg. Kalau setakat beg sahaja rosak kami tidak berapa peduli tetapi kerap kali kami mendengar barang berharga rosak akibat pengendali beg lapangan terbang yang bekerja tidak ikhlas. Oleh sebab itulah konsep Air Pack dicipta oleh Eun-ji Jeong, You-jeong Lee dan Jun-sick Kim. Bagasi ini mempunyai sistem beg udara terbina yang menyerap hentakan apabila beg dicampak. Masukkan barang yang ingin disimpan ke dalam beg dan selepas ianya ditutup angin dipamkan ke dalam beg udara. Beg udara yang sudah dikembangkan akan menyerap segala hentakan yang berlaku ketika pemindahan beg ataupun pesawat melalui pergolakan udara. Kepada mereka yang sudah bosan dengan kerosakan yang berlaku kepada barangan peribadi mereka, Air Pack ialah konsep yang seharusnya menjadi realiti. Kami perlukan Air Pack dalam bentuk beg sandang bagi memastikan kesemua peranti elektronik yang kami bawa seharian akan terselamat dari hentakan. Penggunaan busa dan span pada beg komputer riba yang kami gunakan sekarang tidak lagi memandai.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment