Tuesday, March 8, 2016

HTC Akan Hadir Dengan Lebih Banyak Peranti Berspesifikasi Pertengahan

Jikalau dibandingkan dengan beberapa pengeluar peranti lain, HTC masih jauh dibelakang dari segi persaingan jualan, walaupun kualiti peranti mereka amat baik. Perkara ini boleh dikatakan kerana kurang promosi, dan khidmat pelanggan yang kurang baik berbanding beberapa pesaing lain. Terkini, dalam terus memperkukuhkan kedudukan mereka, HTC dikatakan akan hadir dengan lebih banyak peranti dengan spesifikasi rendah-pertengahan yang dilengkapi sokongan rangkaian 4G. Ia dilihat pengeluaran peranti ini kelak akan menyasarkan pengguna di Asia – terutamanya negara-negara membangun. Disamping itu, HTC turut dikatakan akan menggunakan jualan melalui internet terus kepada pengguna – lebih kurang seperti Xiaomi. Perkara ini membolehkan mereka menawarkan peranti pada harga yang lebih rendah kerana kurang melalui saluran jualan berbanding kebiasaan. HTC dikatakan mungkin membahagikan untuk menjual peranti berspesifikasi tinggi melalui saluran biasa seperti di kedai dan syarikat telekomunikasi, sementara peranti berspesifikasi rendah melalui web. Ia tidak diketahui sama ada pihak HTC akan menyasarkan keseluruhan negara di rantau Asia dengan penawaran sebegitu, ataupun hanya terhad kepada negara seperti India dan China sahaja. Di Malaysia, peranti berspesifikasi rendah-pertengahan oleh HTC masih mempunyai saingan yang tinggi – apatah lagi dengan pelbagai pengeluar baru yang menawarkan peranti dengan sokongan rangkaian 4G LTE pada harga bawah RM600.

No comments: