Tuesday, March 8, 2016
Honor 6 Plus Diperkenalkan
Honor hari ini mengambil pentas utama dengan mengumumkan beberapa produk baru daripada mereka, dimana menjadi fokus utama adalah telefon pintar terbaru dan dikemaskini daripada versi sebelumnya, dinamakan sebagai Honor 6 Plus. Namanya boleh dikatakan agak menyerupai penggunaan nama iPhone terkini, malah pihak Honor turut membuat perbandingan dengan iPhone 6 Plus sepanjang pengumuman mereka. Honor 6 Plus ini membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 925 yang terkini daripada pihak Huawei. Disamping itu, ia turut menyertakan memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, dan hadir dengan slot mikro-SD, serta bateri berkapasiti 3600mAh. Menjadi fokus pada peranti ini adalah sokongan dwi-kamera pada bahagian belakangnya. Ia berfungsi lebih kurang seperti pada One M8, dimana pengguna boleh merakamkan gambar dengan lebih banyak data, dan pada masa yang sama memilih ingin memfokuskan kemana menggunakannya. Ketika persembahan, mereka membandingkan ia dengan gambar daripada kamera SLR, sekaligus memperlihatkan kualiti rakamannya – terutamanya dalam sokongan HDR dan juga rakaman ketika gelap. Peranti ini juga turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE, dan membawakan kad slot yang boleh diubah untuk digunakan sebagai slot kad-SIM kedua, lebih kurang seperti pada Oppo N3 dan juga Huawei Ascend Mate 7. Seperti peranti Huawei yang baru, Honor 6 Plus turut akan menggunakan EMUI 3.0 yang membawakan beberapa perubahan pada antaramuka, dan dilengkapi dengan ruangan storan sebesar 100GB secara percuma. Ia tidak diketahui penawaran ruangan storan awan percuma ini turut tertakluk kepada pengguna di luar China ataupun sebaliknya. Honor 6 Plus ini akan hadir dengan pilihan warna hitam dan putih, dan membawakan harga 2499 Yuan (RM1250) untuk versi 4G, dan 1999 (RM999) Yuan untuk versi biasa.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment