Wednesday, March 30, 2016

Celcom XPAX

Xpax, perkhidmatan prabayar Celcom kini telah mula menguji sebuah fungsi baru yang membolehkan para pengguna membawa data yang tidak digunakan ke bulan yang seterusnya. Celcom Carry ForwardDengan penawaran ini, sebagai contoh, sekiranya anda melanggan untuk pakej 1GB untuk sesuatu bulan, dan hanya menggunakan sekitar 800MB sahaja, maka anda boleh membawa 200MB ke bulan seterusnya. Ini bermakna anda akan mempunyai jumlah sebanyak 1.2GB pada bulan seterusnya untuk digunakan – dan jika tidak digunakan secara penuh, maka boleh terus membawa ke bulan-bulan seterusnya. Sokongan ini disediakan oleh Xpax untuk pelan mingguan dan bulanan sahaja – dan perlulah dilanggan untuk bulan hadapan secara automatik. Celcom juga mengehadkan kuota maksimum yang boleh dibawa ke hadapan, dimana tidak boleh melebihi kuota langganan bulanan atau mingguan mereka. Ini bermakna, jika anda melanggan pakej 1GB, maka kuota maksimum yang boleh dibawa ke hadapan hanyalah 1GB sahaja. Pengenalan kebolehan membawa data ke bulan seterusnya ini hanya terhad untuk pengguna prabayar sahaja buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah pengguna pascabayar akan menerima fungsi yang serupa. Celcom turut menekankan yang mana pengguna perlulah mempunyai talian yang aktif sepanjang masa untuk terus membawa data ke hadapan, dan jika sebaliknya, tiada data yang boleh dibawa ke bulan hadapan.

No comments: