Tuesday, March 8, 2016
Andromium : Dok Mengubah Peranti Android Menjadi Komputer Desktop
Kemampuan memproses kebanyakan peranti Android kini adalah lebih baik berbanding komputer desktop. Sungguhpun begitu melakukan kerja dari skrin kecil telefon pintar bukanlah sesuatu yang mesra pengguna. Menyedari hakikat ini Gordon Zheng, seorang jurutera komputer yang pernah bertugas di Google mencipta Andromium. Ianya sebuah dok untuk peranti pintar yang mampu mengubah peranti tersebut untuk berfungsi sebagai sebuah komputer desktop. Dok ini kemudian boleh disambungkan kepada TV LED menggunakan kabel HDMI dan turut mempunyai 3 port USB untuk menyambungkan papan kekunci dan tetikus. Aplikasi Andromium perlu dipasang pada peranti pintar anda dan ianya berfungsi mengubah paparan antaramuka Android untuk kelihatan seperti antaramuka komputer Windows. Selain digunakan sebagai komputer desktop, Andromium juga boleh merubah telefon pintar menjadi konsol aplikasi permainan. Kini anda boleh bermain aplikasi permainan Android terus pada TV besar di ruang tamu dengan sokongan pengawal permainan secara Bluetooth. Andromium akan menyokong peranti yang menggunakan sistem operasi Android 4.4 dan keatas. Buat masa ini hanya peranti dari keluarga Samsung Galaxy disokong sepenuhnya tetapi sudah ada perancangan untuk menyokong peranti HTC M7/M8 dan Nexus 5/6. Projek ini masih mencari sokongan dana Kickstarter dan anda boleh mendapatkan dok ini pada harga $35 sebuah. Kami rasakan harga yang ditetapkan adalah mampu milik. Sebuah projek yang kami rasakan menarik dan mampu membuatkan telefon pintar berfungsi dengan lebih meluas.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment