Wednesday, February 24, 2016

BlackBerry Dan Samsung Bekerjasama Memfokuskan Kepada Penawaran KNOX Dan BES12

BlackBerry sedia terkenal dalam arena perusahaan, sementara Samsung pula sedang berusaha untuk menarik lebih ramai pengguna perusahaan yang menggunakan peranti dan perkhidmatan mereka. Terkini, kedua-dua gergasi bekerjasama dalam usaha untuk menawarkan lebih pilihan untuk pengguna perusahaan dalam menawarkan BES12 daripada BlackBerry, dan juga KNOX daripada Samsung. Melalui kerjasama BlackBerry dan Samsung, ia akan membolehkan beberapa fungsi sekuriti BlackBerry ditambah pada peranti Samsung Galaxy. Samsung sedia mempunyai KNOX untuk sekuriti, dan dengan kerjasama ini, mereka boleh mengintegrasikannya dengan BES12 dan menjadikan ia lebih selari untuk digunakan oleh perusahaan, selain menawarkan sekuriti yang lebih baik. Pengguna juga boleh mengasingkan penggunaan untuk peribadi atau perniagaan dengan mudah melaluinya. Samsung dan BlackBerry dijangka akan menawarkan harga untuknya pada awal 2015 kelak, dan kita akan dapat melihat Samsung mula menjual BES12 kepada pelanggan mereka, sementara Blackberry menawarkan sokongan untuk KNOX. Ini bukan kali pertama kedua-dua syarikat ini bekerjasama. Sebelum ini Samsung turut pernah bekerjasama untuk menawarkan BBM dibeberapa buah negara. Mungkinkah selepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak kerjasama daripada kedua-dua syarikat teknologi ini ?

No comments: