Friday, September 18, 2015
WD My Passport Wireless
Western Digital sedia popular dengan
peranti yang memfokuskan kepada storan, dimana keluarga My Passport
mereka sedia menawarkan bentuk yang mudah dibawa kemana-mana. Terkini,
menyertainya adalah salah satu peranti baru dinamakan sebagai My
Passport Wireless. My Passport Wireless merupakan salah satu cakera
storan mudah-alih daripada pihak Western Digital, dan ia boleh digunakan
untuk menghubungkan sehingga lapan peranti pada sesuatu masa. Peranti
lain boleh dihubungkan ke My Passport Wireless ini melalui sokongan
WiFi. Peranti ini dilihat lebih memfokuskan kepada mereka yang bertugas
di luar, dan memerlukan storan bersaiz besar serta memindahkan fail
dengan pantas. Menggunakan My Passport Wireless, ia boleh digunakan
bukan sahaja untuk mengakses fail padanya, tetapi pengguna juga turut
boleh memindahkan fail ke peranti tersebut dengan mudah. Pihak Western
Digital juga turut melengkapkan ia dengan sebuah slot SD untuk
membolehkan pengguna hanya memasukkan kad tersebut, dan semua fail akan
dipindahkan terus dan mengosongkan ruangan storan didalam kad-SD
tersebut. Buat masa ini, harga jualan My Passport Wireless ini masih
tidak diketahui, dan mungkin kita akan dapat melihat ia memasuki pasaran
Malaysia dalam masa terdekat ini.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment