Monday, September 21, 2015
Topi Selfie Yang Direka Khas Untuk Tablet
Alatan bagi
memudahkan anda selfie untuk telefon pintar banyak dilambakkan di
pasaran. Ada kayu narsis yang membolehkan anda mengambil selfie secara
berkumpulan. Ada juga sistem kawalan kamera pintar menggunakan alat
kawalan oleh Oppo. Awal minggu ini kami laporkan kewujudan Selfie Brush
yang merupakan sikat yang boleh digunakan untuk selfie. Kami ingatkan
Selfie Brush ialah nadir segala penciptaan yang berkaitan dengan selfie
tetapi kami salah. Acer United Kingdom bekerjasama dengan pereka fesyen
Christian Cowan-Sanluis untuk menghasilkan topi selfie. Christian
Cowan-Sanluis ialah pereka fesyen yang pernah bekerjasama dengan Lady
Gaga dan anda boleh melihat pengaruh fesyen aneh Gaga pada topi yang
dihasilkan. Topi Selfie ini dicipta khas untuk digunakan bersama tablet 8
inci Acer Iconia A-1 840. Pemegang tablet topi ini boleh diputarkan 360
darjah bagi memudahkan pemakai mengambil selfie dari sudut yang
terbaik. Hanya sejumlah kecil topi selfie ini akan dijual sempena Minggu
Fesyen London. Jadi sekiranya anda di London dan berminat memiliki alat
selfie tablet pertama, sialalah ke pertunjukan fesyen Christian
Cowan-Sanluis.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment