Monday, September 21, 2015
PowerPole – Monopod Merangkap Power Bank
Power
bank kini keperluan kerana kapasiti bateri peranti pintar anda tidak
berkembang sepantas kelajuan pemproses peranti. Monopod pula semakin
popular kerana di zaman serba moden ini meminta pertolongan individu
lain untuk mengambil gambar ada adalah terlalu arus perdana. Gabungkan
kedua-dua produk popular ini dan anda akan mendapat PowerPole. PowerPole
ialah monopod yang direka khas untuk camera GoPro dengan bateri terbina
bersaiz 5400 mAh. Terdapat dua port USB di pada hujung monopod ini dan
apabila digabungkan dengan sebuah GoPro dapat memanjangkan hayat kamera
tahan lasak ini sebanyak 5 kali ganda. Monopod ini direka khas bagi
penggemar sukan lasak yang mahukan hayat yang lebih panjang buat kamera
GoPro mereka dan pada masa yang sama tidak mahu membawa power bank
tambahan. Setiap PowerPole dijual pada harga RM418 sebatang.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment