Monday, September 21, 2015
Program Comic Accelerator Asia Mencari Bakat Komik Tempatan
Pada
minggu ini akan berlangsung acara GREAT 2014 yang dianjurkan di MaGIC
Cyberjaya. Program yang akan berlangsung selama 4 hari ini dari 17
September – 20 September akan membawakan sehingga 95 kursus dan bengkel
yang berkaitan dalam arena keushawanan dan dunia kreatif. Salah satu
acara yang akan diadakan adalah Comic Accelerator Asia yang memfokuskan
kepada pelukis komik tempatan. Sekiranya anda seorang yang minat dan
berbakat dalam industri komik, program Comic Accelerator Asia (ComicXcel
Asia) ini menawarkan kursus selama 3 bulan dan akan berkongsi info yang
penting terutamanya dalam pengkomersilan komik. Peserta akan didedahkan
dengan perkara seperti penghasilan animasi, permainan digital, komik
digital, penghasilam filem, perlesenan watak serta produk. Mereka juga
telah bekerjasama dengan Degwet untuk menerbitkan komik atas talian.
Untuk 4 hari ini mereka mencari sehingga 20 peserta untuk menyertai
program ini. Buat masa ini platform Degwet dilihat masih dalam peringkat
pembangunan jadi sekiranya anda memerlukan lebih info buat program ini,
anda boleh menghadiri ke pejabat MaGIC Cyberjaya dan mencari reruai
myNEF (New Entrepreneurs Foundation). Daftar: Program ComicXcel
http://www.degwet.my/comicxcel/
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment