Monday, September 21, 2015
Netropolitan – Laman Media Sosial Untuk Golongan Elit
Terdapat
puluhan media sosial di ruangan saiber. Ada yang masih aktif seperti
Facebook dan ada juga yang kurang mendapat sambutan seperti MySpace.
Kesemuanya berfungsi untuk mengeratkan hubungan di antara individu dari
pelbagai latar belakang, warna kulit, pegangan agama dan sistem operasi
mobil berbeza. Facebook berkembang pesat selepas membuka pendaftaran
kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akaun email. Netropolitan, sebuah
laman sosial yang baru ditubuhkan mengambil langkah yang berbeza. Laman
sosial ini mensasarkan hanya golongan profesional berharta dan elit.
Ianya buah fikiran James Touchi-Peter yang bekerja sebagai seorang
konduktor muzik. Beliau mahukan sebuah laman sosial yang hanya
membenarkan individu dari kelas tertentu sahaja bergaul. Setiap ahli
perlu membayar 9000 Dollar untuk membuka akaun dan yuran pembaharuan
keahlian 3000 Dollar setiap tahun.Ini adalah kerana laman Netropolitan
tidak akan memaparkan sebarang iklan. Akaun yang dibuka juga tidak boleh
ditutup dan wang dikembalikan. Sebaliknya ianya akan dinyaktifkan
sehingga bayaran dibuat. Netropolitan kemudian memudahkan golongan
profesional elit untuk bergaul dengan individu yang mempunyai latar
belakang yang setanding dengan mereka. Menurut James Touchi-Peters juga
kesemua informasi dan mesej yang ditulis oleh ahli Netropolitan adalah
rahsia dan tidak akan dikongsi dengan syarikat pengiklanan. Idea yang
kami rasakan tidak perlu dan sama seperti idea adik beradik kembar
Winklevoss. Jika anda berduit adakah anda berminat?
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment