Monday, September 21, 2015
Microsoft Mengambil-Alih Pembangun “Minecraft”
Seperti
desas-desus sebelum ini, hari ini pihak Microsoft secara rasminya
mengumumkan pengambil-alihan Mojang pada harga mencecah $2.5 bilion.
Mojang sebelum ini popular dengan permainan Minecraft mereka yang
tersedia pada pelbagai jenis platform. Microsoft mengatakan Minecraft
merupakan salah satu permainan popular dalam arena permainan video –
dimana ia telah dimuat-turun lebih 100 juta kali untuk PC sahaja, selain
ia turut ditawarkan untuk iOS dan Android. Microsoft dan Mojang sebelum
ini pernah bekerjasama untuk membawa permainan tersebut ke platform
Xbox. Ia juga sedia ditawarkan dalam pelbagai jenis bahasa, termasuk
bahasa Malaysia – untuk memudahkan pengguna tempatan memainkannya dalam
bahasa ibunda. Menurut Microsoft, permainan ini akan terus ditawarkan
pada pelbagai platform, dan pengambil-alihan ini membawa fasa baru dalam
dunia “Minecraft”. Pengasasnya dikatakan memilih untuk menjualnya
kerana Minecraft telah berkembang kepada suatu permainan yang besar
diperingkat global, dan tekanan daripadanya membuatkan pelbagai projek
lain tergendala dan tidak dapat diteruskan. Pengambil-alihan ini
membuatkan pasukan Mojang akan menyertai Microsoft Studios, sementara
pengasasnya tidak akan menyertai Microsoft. Microsoft turut menekankan
yang mana Minecraft akan beroperasi seperti biasa, selain acara tahunan
mereka – MINECON akan turut diadakan seperti biasa.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment