Monday, September 21, 2015
Lumix DMC-CM1 Telefon Pintar Dengan Lensa Leica
Sepuluh tahun
yang lalu telefon mudah alih dengan lensa Carl Zeiss ialah telefon yang
paling dicari kerana ianya mampu menghasilkan kualiti gambar yang baik.
Zaman Carl Zeiss pada peranti mungkin tidak segah dahulu tetapi lensa
buatan mereka masih digunakan pada peranti Nokia Lumia. Di dalam dunia
fotografi pula kami rasakan Leica ialah nama yang paling gah. Kamera
Leica dijual pada harga premium dan menjadi idaman setiap jurufoto di
dunia. Sejak dari dahulu kami tidak tahu mengapa Leica tidak bekerjasama
dengan pengeluar peranti untuk menggabungkan kepakaran menghasilkan
lensa mereka dan teknologi peranti mobil terkini. Penantian kami hari
ini berakhir dengan terhasilnya Panasonic Lumix DMC-CM1. Telefon pintar
Android ini menggunakan lensa Leica F 2.8 yang digabungkan dengan sensor
sebesar 1 inci 20 Megapixel. Dari segi spesifikasi DMC-CM1 mempunyai
skrin HD penuh 4.7″, pemproses 2.3 GHz empat teras Snapdragon 801, 2
Gigabyte RAM dan muatan dalaman sebesar 16 Gigabyte dengan sokongan
MikroSD sehingga 128 Gigabyte. Telefon pintar ini mampu mengambil gambar
di dalam format RAW dan mengambil video pada resolusi 4K (15 FPS). Kami
difahamkan Lumix DMC-CM1 akan mula dijual di Eropah November hadapan
pada harga sekitar 900 Euro(RM3760) sebuah. Peranti ini mengingatkan
kami kepada Nokia Pureview 808 yang muncul pada tahun 2012. Sungguhpun
mempunyai kemampuan optik yang menakjubkan, Pureview 808 gagal di
pasaran kerana menggunakan sistem operasi Symbian. Masih terlalu awal
untuk mengagak sama ada Lumix DMC-CM1 akan mendapat sambutan
menggalakkan dari pengguna tetapi dari perbualan kami dengan teman-teman
penggemar fotografi, inilah telefon pintar yang mereka nantikan.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment