Friday, September 18, 2015
Apple Pay Diperkenalkan
Bersama-sama dengan pengenalan Apple
iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus, pihak Apple turut mengumumkan sistem
pembayaran menggunakan telefon pintar terus ke penjual – dinamakan
sebagai Apple Pay. Perkara ini bukan sesuatu yang baru, dimana ia telah
sedia hadir pada beberapa peranti, termasuk daripada Samsung dan juga
Sony. Apple Pay dijayakan dengan sokongan NFC dan juga TouchID,
sekaligus membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan mudah dan
pantas menggunakannya. Apple turut mengatakan yang mana ia lebih selamat
berbanding menggunakan dompet seperti biasa pada hari ini. Apple
bekerjasama dengan tiga nama besar – iaitu Visa, Master Card dan juga
American Express untuk menjayakan perkara ini. Disamping itu, sejumlah
peniaga juga akan menyokongnnya di Amerika Syarikat. Ia tidak diketahui
lagi bilakah sokongan sama akan diperluaskan ke pasaran tempatan. Satu
perkara yang pasti, ia mungkin akan mengambil masa yang lama sebelum
diperluaskan dan digunakan dengan meluas.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment