Monday, September 21, 2015
Apple Kini Menyediakan Panduan Untuk Beralih Dari Android Ke iPhone
Dengan
majoriti pengguna dunia menggunakan platform Android, kini nampaknya
pihak Apple turut berusaha untuk menarik mereka ke platform mereka, dan
kini telah menerbitkan sebuah panduan khusus untuk pengguna Android
untuk memindahkan pelbagai data mereka ke iPhone. Melalui panduan yang
disediakan, ia menawarkan panduan untuk memindahkan kandungan, akaun
emel, data kalendar dan sebagainya terus dari peranti Android ke peranti
iOS. Apa pun, panduan yang ditawarkan agak sukar dan seperti tidak
begitu mesra pengguna berbanding dengan dengan beberapa pengeluar yang
lain. Perkara ini adalah kerana Apple meminta pengguna menggunakan
pelbagai aplikasi yang berlainan untuk membuat pemindahan data. Perkara
ini dilihat amat jauh berbeza dengan pengeluar lain seperti Samsung yang
menyediakan Samsung Smart Transfer, Motorola dengan Moto Migrate, HTC
dengan HTC Transfer Tool, Sony dengan Xperia Transfer dan beberapa yang
lain. Bagi anda, jika ingin beralih dari Android ke iPhone, apakah cara
mudah untuk anda alihkan semua data semasa ke iPhone baru anda? Baca :
Panduan Memindahkan Data Dari Android Ke iPhone
http://support.apple.com/kb/HT6407?viewlocale=en_MY
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment