Friday, September 18, 2015
Apple iPhone 5C Kini Bermula RM1499, iPhone 5S Bermula RM1999
Sejurus
selepas pengenalan iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus, pihak Apple turut
sama telah mengemaskini harga jualan untuk telefon pintar yang
diperkenalkan pada tahun lepas, iaitu iPhone 5C dan juga iPhone 5S.
Melalui harga baru, iPhone 5S dengan ruangan storan 16GB kini dijual
pada harga bermula RM1999, sementara iPhone 5C pula dijual pada harga
bermula RM1499. Syarikat telekomunikasi masih belum mengemaskini pakej
mereka, dan mungkin perlu menantikan iPhone 6 hadir ke pasaran tempatan
sebelum mereka melakukan perkara tersebut. iPhone 5S telah dilancarkan
pada tahun lepas, dimana ia hadir dengan sokongan TouchID dan dilengkapi
cip pemprosesan A7, serta kamera 8-megapixel. Dari segi fungsi yang
ditawarkan, boleh dikatakan tidak jauh berbeza dengan iPhone 6 – apatah
lagi memandangkan beberapa fungsi baru tidak boleh digunakan di
Malaysia. Harga jualan rasmi di Malaysia untuk iPhone 6 dan juga iPhone 6
Plus masih tidak diketahui lagi.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment