Friday, July 3, 2015

Microsoft Memperkenalkan Lumia 830

Microsoft hari ini secara rasminya telah menambah satu lagi peranti baru dibawah penawaran mereka, iaitu Lumia 830. Lumia 830 dikatakan oleh Microsoft sebagai peranti dengan kamera PureView pada harga rendah, membolehkan lebih ramai menggunakan teknologi kamera tersebut. Lumia 830 ini akan hadir dengan kamera belakang 10-megapixel PureView yang turut dilengkapi dengan sokongan optik ZEISS. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan OIS bersama-sama dengannya untuk membolehkan anda merakamkan gambar dengan jelas walaupun ketika bergerak. Dari segi spesifikasi, ia kini menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz, kamera hadapan 1-megapixel, ruangan storan 16GB, dan sokongan mikro-SD. Peranti ini turut hadir dengan sokongan bateri yang boleh ditanggalkan berkapasiti 2200mAh. Lumia 830 ini hadir dalam empat pilihan warna, iaitu hijau, jinga, kelabu dan juga putih, dan membawakan rekaan yang lebih kurang menyerupai Lumia 930. Bahagian tepinya menggunakan logam seperti beberapa peranti lain, dan kerangka belakangnya berasaskan kepada polikarbonat. Microsoft mengatakan peranti ini akan dipasarkan bermula bulan September ini di seluruh dunia. Ia akan menjadi antara peranti terawal yang menggunakan kemaskini Lumia Denim padanya.

No comments: