Friday, June 19, 2015

Hugo Barra Sekali Lagi Komen Berkenaan Isu Privasi Xiaomi

Sebelum ini, kita telah sedia mendengar komen pihak Xiaomi berkenaan dengan perkara melibatkan mereka memuat-naik data ke pelayan mereka. Apa pun, lanjutan daripada itu, F-Secure dilihat telah membuat kajian mereka tersendiri, dan mendapati Xiaomi memuat-naik data berkaitan nombor telefon ke pelayan Xiaomi. Bercakap mengenainya, Hugo Barra melalui laman Google+ beliau mengatakan yang mana perkara ini melibatkan MIUI Cloud Messaging. MIUI Cloud Messaging diaktifkan secara automatik apabila peranti Mi diaktifkan. Ia menggunakan SIM, dan beberapa data tambahan seperti IMEI, IMSI dan sebagainya untuk membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej antara pengguna MIUI Cloud Messaging. Lanjutan daripadanya, kini pihak Xiaomi dilihat akan mengubah cara aplikasi berkenaan melalui kemaskini yang akan diperkenalkan untuknya. Melalui kemaskini berkenaan, perkhidmatan tersebut tidak lagi akan diaktifkan secara automatik, tetapi pengguna perlu mengaktifkannya secara manual. Kemaskini ini bakal diperkenalkan oleh pihak Xiaomi bermula daripada 10 Ogos ini – iaitu hari ini.

No comments: