Friday, June 19, 2015

Asus PB287Q – Monitor 4K Daripada Asus

Dengan dunia teknologi yang bergerak pantas, salah satu perkara yang menjadi fokus akhir-akhir ini adalah kandungan dalam paparan 4K – termasuk dari segi video dan juga permainan. Seperti biasa, untuk melengkapkan perkara tersebut dan membolehkan anda menikmati kandungan 4K pada komputer anda, salah satu perkara yang diperlukan adalah monitor yang menyokong paparan resolusi berkenaan. Untuknya, kini pihak Asus Malaysia hadir dengan penawaran monitor 4K daripada mereka, iaitu Asus PB287Q 4K UHD Monitor secara rasminya di Malaysia. Ia hadir dengan skrin bersaiz 28-inci, dan menyokong resolusi sehingga 3840×2160 pixel dengan nisbah paparan 16:9. Pihak Asus turut menekankan masa respon pada monitor ini yang mana merupakan pada kadar 1m. Monitor ini turut menyertakan beberapa sokongan input padanya, termasuk dari segi HDMI, MHL, serta sokongan input DisplayPort. Untuk fasa pengenalan ini (12 Ogos – 18 Ogos), pengguna perlu membuat tempahan terus melalui Asus Malaysia, dimana mereka turut akan menerima baju-T edisi terhad, termasuk baucar sebanyak RM100 untuk pembelian kad grafik (memandangkan anda mungkin memerlukan kad grafik baru untuk sokongan 4K). Selepas tarikh promosi, harga dijangka kekal sama, tetapi tidak akan menyertakan ganjaran tambahan bersama-sama pembeliannya. Lanjut : Asus PB287Q 4K UHD

No comments: