Wednesday, March 11, 2015

Smallx264 Memudahkan Anda Transcode Lebih Dari Satu Video

Terdapat pelbagai perisian yang memudahkan pengguna untuk transcode video di Windows, dan kini salah satu perisian menarik yang ditemui kami adalah Smallx264. Perisian yang dikhususkan untuk Windows ini memudahkan proses transcode video, dan menariknya pengguna boleh melakukan sesuatu proses transcode yang melibatkan lebih daripada satu video dengan pantas pada sesuatu masa. Selain daripada sokongan transcode lebih daripada satu video, Smallx264 juga turut menyertakan antaramuka yang mudah difahami oleh semua pengguna, selain bagi mereka yang lebih gemarkan perkara berkaitan teknikal, anda boleh memilih bitrate dan sebagainya melalui tab khusus untuknya. Bagi anda yang ingin transcode pelbagai jenis video untuk ditonton pada peranti mudah-alih anda, mahupun pada peranti seperti AppleTV dan sebagainya, mungkin boleh mencuba Smallx264 hari ini. Muat-Turun Smallx264 untuk Windows

No comments: