Wednesday, March 18, 2015
OneDrive Kini 15GB
Bagi pengguna aktif produk Microsoft, semestinya mengenali perkhidmatan awan mereka, OneDrive (dahulunya dikenali dengan nama SkyDrive). Sebelum ini OneDrive hanya sekadar menawarkan ruangan percuma sebanyak 7GB sahaja untuk setiap pengguna, tetapi hari ini mereka mengumumkan akan mengandakannya untuk semua pengguna. Melalui apa yang diumumkan Microsoft, semua pengguna akaun OneDrive akan menerima ruangan percuma sebanyak 15GB, dimana anda akan dapat melihat perubahan pada akaun anda tidak lama lagi. Seperti biasa, pengguna boleh menggunakan perisian desktop OneDrive ataupun aplikasi mudah-alih OneDrive dalam menyimpan dan sync fail dan dokumen mereka ke pelbagai peranti. Selain peningkatan ruangan storan percuma pada OneDrive, pihak Microsoft juga turut mengumumkan penurunan harga untuk OneDrive sehingga lebih 70%, disamping ruangan storan awan sebanyak 1TB dengan langganan Office 365.
Posted by
irmanista d'italia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment