Sejak kebelakangan ni banyak sistem persenjataan fiksyen yang muncul
di dalam permainan komputer mula menjadi realiti. Beberapa bulan yang
lalu kami paparkan HEL MD, kenderaan bersenjata laser yang menyerupai
kemampuan Prism Tank dari Red Alert 2. Ianya digunakan untuk memusnahkan
misil dan mortar yang ditempat oleh musuh semasa ia masih terbang
diudara. Hari ini mari kita lihat sebuah lagi senjata fiksyen yang
semakin hampir mempunyai versi realitinya sendiri. Striker VX ialah
kenderaan boleh ubah seperti Transformers yang muncul di dalam permainan
Red Alert 3. Unit untuk pasukan Empire of The Rising Sun ini mempunyai
mod helikopter dan kenderaan darat. Black Knight ialah sebuah kenderaan
membawa infantri beroda yang mampu berubah menjadi sebuah helikopter.
Bentuk Black Knight mungkin berbeza dari Striker VX tetapi kemampuannya
adalah serupa. Black Knight buatan syarikat Advanced Tactics adalah
salah satu daripada projek menghasilkan kenderaan infantri yang mampu
terbang secara menegak apabila perlu, untuk kegunaan tentera Amerika
Syarikat di masa hadapan. Kenderaan sebegini diperlukan kerana kenderaan
berkemampuan melakukan lebih dari satu tugasan adalah lebih menjimatkan
kos di samping mampu menyelamatkan nyawa. Tentera Amerika menyedari
kenderaan seperti Humvee tidak mampu melarikan diri dari musuh apabila
diserang hendap. Bantuan dari udara pula mengambil masa yang lama.
Kenderaan hibrid darat dan udara diharap dapat memastikan tentera yang
terperangkap di dalam kenderaan rondaan dapat terbang semula ke kem
apabila keadaan menjadi genting. Kami berharap usaha untuk
menjadikan unit Tanya, Hacker dan Kirov menjadi realiti. Hacker akan
memastikan duit negara sentiasa naik RM 10 setiap saat. Kirov pula perlu
wujud kerana kenderaan belon udara helium kelihatan menarik di angkasa
manakala Tanya pula adalah penyedap mata memandang. Apakah pendapat anda
tentang Black Knight dan apakah unit fiksyen dari siri Command and
Conquer harus dijadikan realiti ? Sumber Advanced Tactics
Monday, July 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment