Powerbank berkapasiti 6000 mAh ini bukan sahaja mampu mengecas kesemua peranti pintar mudah alih anda tetapi juga mampu menghidupkan semula kereta anda apabila baterinya mati. Paling menakjubkan produk ini mempunyai saiz yang kecil (panjang 5.5″) dan mudah dibawa kemana-mana. Ianya juga hanya seberat 198 gram dan ini lebih ringan dari sebuah Xperia Z Ultra. Jumpr dibangunkan oleh JunoPower yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Menurut mereka Jumpr mampu menghidupkan semula kereta dengan 4 ataupun 6 injap tanpa sebarang masalah. Ia juga turut mempunyai lampu suluh LED terbina yang boleh digunakan ketika kecemasan pada waktu malam. Bakal memasuki pasaran pada bulan hadapan.
Monday, July 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment