Monday, May 12, 2014

Ubuntu 14.04 LTS (Trusty Tahr)

Canonical hari ini secara rasminya melancarkan sistem operasi terbaru mereka, iaitu Ubuntu 14.04 LTS yang dikenali dengan nama kod Trusty Tahr. Melalui versi LTS ini, versi ini akan menerima sokongan selama lima tahun – sesuai untuk penggunaan perusahaan. Turut menyertakan pembaharuan dari segi aplikasi dan perisian yang disertakan. Perisian popular seperti LibreOffice, Firefox dan sebagainya dikemaskini kepada versi terkini, selain mana Unity yang dikemaskini dengan pelbagai perkara baru. Menyokong paparan skrin resolusi tinggi, selain turut membawakan beberapa kemaskini dari segi rekabentuk – terutamanya pada lock screen. Pelbagai gambar latar baru turut disertakan pada sistem operasi ini. Pihak Canonical turut mengumumkan pengenalan Ubuntu Server, Ubuntu Core, Kubuntu, dan juga Edubuntu yang menggunakan angka versi sama. Muat-Turun Ubuntu 14.04 Trusty Tahr

No comments: