Kemampuan memproses telefon pintar di tangan anda adalah 850 kali ganda lebih berkuasa dari komputer yang digunakan untuk mendaratkan Lunar Module di permukaan bulan pada tahun 1969. Majoriti peranti mudah alih di tangan juga jauh lebih berkuasa dari konsol PlayStation 2. Jadi tidak mengejutkan terdapat banyak emulator yang membolehkan anda memainkan semula permainan lama pada peranti terkini. Masalahnya permainan konsol lama ini tidak dicipta untuk digunakan pada peranti sesentuh. Akibatnya ianya sukar dikawal dan tidak responsif. Kes terbaik ialah permainan Grand Theft Auto III edisi iPad yang dimainkan langsung tidak menyeronokkan kerana sukar dikawal. Aws Jan ialah pembangun aplikasi emulator GameBoy GBA4ios menyedari anak beliau mempunyai masalah mengawal watak permainan GameBoy yang dimainkan pada peranti iPhone beliau. Oleh itu beliau mendapat idea untuk menghasilkan sarung khas bagi mewujudkan butang fizikal yang lebih mudah ditekan yang diberi nama G Pad. G Pad diperbuat daripada silikon dan mudah disarungkan pada 5, 5C , 5S , iPod generasi ke 4 dan iPad Mini. Kelebihan G Pad ini ialah ia tidak memerlukan bateri dan sambungan secara Bluetooth. Harga jualan ialah RM 44. Sumber GPad
Monday, May 12, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment