Wednesday, April 16, 2014

Yahoo! Ingin Membeli Perkhidmatan Video NDN

Yahoo! dalam perbincangan bersama pihak NDN untuk pengambil-alihan. NDN merupakan salah satu perkhidmatan video syndication yang menyediakan pelbagai penerbit seperti akhbar dan sebagainya dengan klip-klip berita serta pelbagai topik berbeza. NDN mengumpulkan klip video daripada pelbagai rakan kerjasama, terutamanya stesen televisyen, dan menawarkan ia kepada editor-editor di penerbitan lain. Dengan mengambil-alihnya, Yahoo! boleh menambah tawaran kandungan berkualiti pada perkhidmatan mereka, sekaligus menarik lebih ramai menghabiskan masa pada laman-laman milik mereka. Dengan kandungan berbentuk video menjadi fokus ramai akhir-akhir ini, lebih ramai yang ingin melabur padanya. Pihak Yahoo! sebelum ini pernah cuba mendapatkan DailyMotion, tetapi gagal. Apa pun, sekiranya NDN berjaya dimiliki oleh Yahoo!, ia akan memberikan peluang kepada Yahoo! untuk bersaing dengan beberapa perkhidmatan video yang lain, termasuk YouTube.

No comments: