Baru-baru ini, perkhidmatan Viber telah membawakan fungsi Viber Out kepada pengguna tempatan, dan hari ini pembangunnya mempunyai sedikit kemaskini untuk aplikasi Windows Phone, dimana menyertakan sokongan Viber Out bersama-sama dengannya. Untuk pengguna yang tidak mengetahui fungsi Viber Out, ia membolehkan pengguna membuat panggilan ke sebarang nombor talian tetap atau talian mudah-alih terus daripada Viber, dan dikenakan sedikit caj bergantung kepada panggilan dan negara yang dituju. Fungsi lain yang turut disertakan adalah sokongan untuk menghantar mesej video, disamping membolehkan pengguna menghantar lebih dari satu gambar dengan lebih mudah, dan juga sokongan untuk penggunaan hands-free Bluetooth. Viber sebelum ini telah diambil-alih oleh Rakuten, dan dengan pengenalan fungsi ini ia membawakan sokongan Viber Out ke semua platform utama selepas Android dan iOS.
Wednesday, April 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment