Bermula tahun 2013, Facebook telah mengeluarkan laporan statistik mengenai permintaan kerajaan seluruh dunia terhadap informasi sesetengah pengguna. Kebiasaannya data yang diperlukan adalah melibatkan dari segi undang-undang. Melalui halaman khas yang disediakan, mereka telah mengeluarkan laporan dari bulan Julai sehingga bulan Disember untuk tahun 2013. Facebook telah memberikan 18.75% data untuk 16 permintaan melibatkan informasi 24 pengguna Facebook. Ini dilihat berbeza untuk tempoh terdahulu dimana sebanyak 7 permintaan melibatkan informasi 197 pengguna, namun tiada data diberikan untuk kerajaan Malaysia. Sekiranya dibandingkan dengan negara ASEAN, peratusan data diberikan terbanyak adalah kepada Singapura (70.92%), dan diikuti Filipina (50%), Thailand (0%), dan Cambodia (0%). Tiada statistik tersedia untuk negara ASEAN yang lain.
Friday, April 18, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment