Adobe hari ini telah melancarkan sebuah aplikasi baru untuk pengguna iPad, iaitu Adobe Lightroom Mobile bagi memudahkan pengurusan dan penyuntingan imej dilakukan terus menggunakan iPad. Pengguna boleh membuat penyuntingan fail berbentuk RAW, menyunting gambar Camera Roll di iPad, dan juga menambah baik gambar menggunakan beberapa preset Lightroom yang terbina. Selain itu, pengguna turut boleh sync gambar dengan mudah terus ke perisian Lightroom 5 yang terpasang di desktop dengan mudah. Ditawarkan secara percuma, namun memerlukan pengguna mempunyai langganan ke akaun Creative Cloud untuk menggunakannya. Muat-Turun Lightroom Mobile untuk iPad.
Wednesday, April 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment