Tuesday, February 18, 2014

Rakuten Mengambil-Alih Viber

Nampaknya, arena permesejan dunia akan terus meriah, dimana hari ini syarikat gergasi Jepun, Rakuten mengambil-alih syarikat permesejan dan VoIP popular iaitu Viber pada harga $900 juta. Viber sebelum ini telah ditawarkan pada pelbagai platform, termasuk baru-baru ini memperluaskan tawaran panggilan ke talian tetap di Malaysia serta memperkenalkan aplikasi untuk Windows 8. Pengambil-alihan Viber oleh syarikat Rakuten ini membuatkan persaingan antara aplikasi permesejan di Asia terus meriah. Viber dilaporkan mempunyai lebih kurang 300 juta pengguna di seluruh dunia. Rakuten sebelum ini telah mengambil-alih Viki, iaitu salah satu perkhidmatan video, dan penambahan Viber ini bakal terus menambah portfolio baru dibawah gergasi Jepun tersebut.

No comments: