Wednesday, February 12, 2014

DLD Calc Untuk Android

Kebanyakkan aplikasi berbentuk kalkulator hanya membuat pengiraan biasa dan scientific serta memberikan jawapan akhir sahaja. Tetapi bagaimana sekiranya anda ingin melihat jalan kerja pengiraan untuk penyelesaian sesuatu masalah ? DLD Calc menawarkan fungsi pengiraan dan jalan kerja pengiraan untuk sesuatu masalah. Pengguna boleh menyelesaikan masalah matematik berbentuk pecahan, disamping pada masa yang sama mempelajari bagaimanakah sesuatu jawapan didapati. DLD Calc memaparkannya langkah demi langkah, untuk memudahkan pengguna dan pelajar memahaminya. DLD Calc hanya ditawarkan untuk Android, dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada Google Play Store. Muat-Turun DLD Calc untuk Android.

No comments: