Tuesday, February 18, 2014

BBM Untuk Android Dan iPhone Dikemaskini

BlackBerry hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini BBM 2.0 kepada pengguna Android dan juga iOS, dimana membawakan pelbagai fungsi baru seperti yang ada pada BlackBerry 10. Salah satu fungsi baru yang ditambahbaik adalah BBM Voice, yang membolehkan pengguna membuat panggilan suara diantara pengguna BBM lain dengan mudah. Panggilan suara boleh dilakukan menggunakan rangkaian WiFi ataupun menggunakan data pada peranti mereka. Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan BBM Channels untuk memudahkan pengguna mengikuti pelbagai jenama dan topik kegemaran melalui BBM. Perkara ini memudahkan pengguna berhubung dengan sesebuah syarikat atau jenama kegemaran dengan lebih dekat lagi. Beberapa perkara lain yang turut disertakan adalah sokongan perkongsian lokasi, memudahkan lagi penghantaran audio dan gambar, serta integrasi Dropbox pada BBM. Pengguna Android dan iOS boleh mengemaskini aplikasi BBM di store masing-masing.

No comments: