Tuesday, February 14, 2012

Pemain Media VLC 2.0 Bakal Dilancarkan Kepada Umum

VLC Media Player merupakan salah satu pemain media yang digunakan ramai seluruh dunia, termasuk Malaysia. Pemain media sumber terbuka ini bakal dilancarkan kepada umum, iaitu pengguna Windows dan juga Max OS X. Ia membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya. Melalui VLC 2.0 yang bakal dilancarkan itu, ia membawakan kemaskini antaramuka baru, sokongan Blu-Ray yang semakin menjadi popular, beroperasi dengan lebih lancar, sera beberapa fungsi baru padanya. Senarai penuh sokongan baru padanya dijangka akan diumumkan oleh pembangunnya pada pelancarannya kelak. Sementara itu, mungkin bagi yang tidak sabar, boleh menguji versi pembangunannya hari ini. Namun, dengan pelancarannya yang semakin hampir, mungkin anda boleh menantikan versi stabilnya dalam beberapa hari lagi.

No comments: