Tuesday, February 14, 2012

Google Bakal Mengeluarkan Peranti Dengan Jenama Tersendiri

Tidak lama sebelum ini, Google pernah mendemonstrasikan penggunaan Android dalam peralatan perumahan, sekaligus memudahkan anda mengawal pelbagai peralatan elektrik dengan mudah. Wall Street Journal melaporkan yang mana Google sedang membangunkan peralatan mereka tersendiri, dan mungkin akan menjualnya tidak lama lagi. Perkara ini, sekaligus akan menjadikan Google turut sama memasuki pasaran penjualan peralatan dan perkakasan. Menurut WSJ, Google sedang membangunkan sistem hiburan dalam rumah, yang mana akan membawakan sokongan untuk memainkan lagu terus daripada peranti dengan sambungan internet seperti komputer, tablet, telefon pintar dan pelbagai perkara lagi. Dan menariknya, ia akan menggunakan jenama Google sendiri, dan bukannya pihak ketiga seperti peranti Android yang lain. Jadi, adakah Google akan menjadi seperti Apple, dimana membangunkan perisian dan perkakasan mereka, tidak lama lagi ?

No comments: