Hari ini, pihak pembangun sistem operasi terkemuka, Ubuntu, iaitu Canonical telah pun mengumumkan secara rasminya yang mana mereka tidak lagi akan menyokong sistem operasi Kubuntu bermula daripada Kubuntu 12.10. Sebaliknya, mereka hanya akan menyokong melalui infrastruktur, sama seperti Xubuntu, Lubuntu atau Edubuntu. Keputusan ini adalah keputusan rasional, memandangkan Kubuntu yang dilihat kurang berjaya dari segi perniagaan setelah lebih 7 tahun mencuba, berbeza dengan Ubuntu. Ini sekaligus menjadikan, selepas Kubuntu 12.04 tiada lagi sokongan berbayar akan disediakan. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah bermakna Kubuntu akan mati begitu sahaja, sebaliknya, memandangkan ianya merupakan projek sumber terbuka, maka sesiapa sahaja boleh menyertai pembangunannya, dan menyambung pembangunannya, sekaligus memastikan Kubuntu kekal aktif dan hidup seperti sedia ada.
Tuesday, February 7, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment