Samsung Electronics mengumumkan buat pertama kali dalam sejarah syarikat mereka, jualan telefon tahunan mereka mencecah 300 Juta unit pada tahun ini. Mereka berkata sumbangan kepada kejayaan besar mereka ialah model perdana mereka iaitu siri Galaxy S. Kata mereka lagi, seperti yang diketahui model Samsung Galaxy S dan Samsung Galaxy S 2 merupakan penyumbang terbesar kepada kejayaan mereka. Samsung Galaxy S 2 dikatakan merupakan model paling ‘hangat’ dengan jualan melebihi 10 juta unit dan angka itu dikatakan semakin meningkat sehingga kini. Untuk pengetahuan siri Galaxy S dari Samsung merupakan telefon dikuasakan oleh Android. Syabas diucapakan diatas kejayaan yang memberangsangkan itu.
Sunday, January 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment