Salah satu perkhidmatan berasaskan web yang menarik adalah Codecademy seperti mana yang pernah dituliskan sebelum ini. Kini, perkhidmatan tersebut terus berkembang dengan memperkenalkan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, selain turut memberikan petanda berkaitan apakah yang bakal dibawakan oleh mereka pada masa akan datang. Bagi yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan Codecademy, semestinya tertanya2 apakah yang ditawarkan oleh perkhidmatan tersebut. Secara ringkasnya, melalui Codecademy, ia membolehkan para pengguna belajar beberapa bahasa pengaturcaraan dengan mudah, terus melalui web dalam kaedah yang interaktif. Setiap latihan diberikan secara berperingkat, membolehkan setiap pengguna yang tidak mengenali mahupun bagi sesiapa yang tiada sebarang asas mempelajarinya dengan pantas. Pada masa yang sama, setiap lencana dan anugerah yang diberikan, menjadikan pembelajaran sesuatu bahasa pengaturcaraan itu lebih menarik minat pengguna lagi. Pada hari ini, Codecademy terus memperluaskan perkhidmatan mereka, dimana selain daripada hanya menyediakan pembelajaran sahaja, mereka turut sama menyediakan sebuah editor kod berasaskan web, membolehkan sesiapa sahaja membangunkan sesuatu dengan mudah terus melalui perkhidmatan mereka, tanpa memerlukan sebarang aplikasi editor kod berasaskan desktop seperti sebelumnya.
Saturday, December 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment