Saturday, December 24, 2011

Amazon, Nokia Dan Microsoft Pernah Ingin Mengambil-Alih RIM

Salah satu syarikat yang seperti menghadapi masalah akhir2 ini adalah Research In Motion, iaitu pengeluar BlackBerry. Namun begitu, ia masih lagi diminati ramai, termasuk beberapa gergasi, dimana Amazon pernah cuba untuk mengambil-alih RIM, selain mana Nokia dan juga Microsoft pernah cuba untuk membelinya bersama2. Ia masih tidak diketahui mengapakah mereka berminat dengan Research In Motion, memandangkan Amazon lebih kepada Android dengan tablet berasaskan Android dan juga Amazon AppStore sendiri, manakala Microsoft dan Nokia kini memfokuskan kepada Windows Phone. Kemungkinan pembelian untuk sekadar mendapatkan paten dan hak cipta juga merupakan satu kemungkinan. Sebelum ini, Google sendiri telah mengambil-alih Motorola Mobility untuk mendapatkan paten & hakciptanya. Walaubagaimanapun, kesemua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen ke atas perkara ini sehingga sekarang.

No comments: