Seperti pada namanya, ia membolehkan anda menambah efek bercorak aksi dan letupan dengan mudah melaluinya. Aplikasi Action Movie FX, ini ditawarkan secara percuma dengan dua efek percuma, iaitu efek dimana kereta dijatuhkan, dan juga efek menghantar peluru berpandu ke sesuatu objek. Melaluinya, anda hanya perlu membuat rakaman video, dan seterusnya membuat tetapan pada saat bilakah sesuatu efek itu ditambah, dan seterusnya menghasilkan video anda. Para pengguna juga boleh berkongsi akan video yang dihasilkan terus bersama rakan2 melalui pelbagai perkhidmatan seperti Facebook, dan sebagainya. Bagi para pengguna iPhone dan iPod Touch yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma terus melalui AppStore hari ini, dan mula menghasilkan video2 menarik melaluinya.
Friday, December 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment