Kereta adalah satu keperluan pada masa kini. Boleh dikatakan, ramai penduduk Malaysia yang mempunyai sekurang2 sebuah kereta. Malah ada yang mempunyai lebih dari satu kereta di rumah. Rata2, rakyat Malaysia kini sudah mampu membeli kereta jika bekerja. Ada yang memilih kereta sebagai kenderaan untuk mencari rezeki. Ada pula yang lebih selesa menggunakan kereta hanya untuk bercuti dan bersiar2 bersama keluarga dan rakan2. Ada juga yang kaki kereta. Beli kereta hanya kerana minat dan sanggup berhabis duit kerana kereta. Tetapi hakikatnya, kereta sudah pasti ada susut nilainya. Beli hari ini, tahun depan sudah jatuh harganya. Jadi apakah tips yang terbaik untuk membeli kereta ?
Saya berkongsi sedikit pengalaman mengenai tips sebelum membeli kereta. Beli kereta pada tahap kemampuan kewangan anda. Ikut kemampuan kewangan anda. Jangan ikut orang lain. Sebab, anda yang membayar duit ansuran kereta pada pihak bank. Bukan kawan2 anda atau keluarga anda. Sudah pasti beban itu pada diri anda. Bukan pada orang lain. Berbelanja untuk kereta hanya 1/3 daripada gaji bulanan anda. Jangan lebih. Ia akan menjadi beban pada anda kelak. Ini termasuk duit ansuran bulanan, duit minyak dan bersedia untuk segala kemungkinan yang akan berlaku pada kereta anda. Buat perancangan kewangan sebaik2nya sebelum membeli kereta.
Jangan hanya berfikir anda mampu untuk membayar deposit permulaan untuk membeli kereta. Fikirkan kemampuan kewangan anda untuk menampung perbelanjaan bulanan anda pada kereta. Sebabnya, bukan anda berkomitmen hanya dengan kereta. Pasti ada perkara2 lain yang perlu di bayar pada setiap bulan. Mungkin perkara lain yang lebih penting. Jangan ambil ringan soal pinjaman kereta. Ambil tempoh pinjaman yang paling singkat. Contohnya 5 tahun. Lihat kiraan ini : a. Jika Pinjaman kereta anda RM45000 dengan interetest 3% setahun. Anda memilih tempoh pinjaman 5 tahun. Bermakna jumlah pinjaman anda menjadi RM51750. (RM45000–pinjaman + RM6750 Interest).
Jumlah bayaran bulanan : RM862.50. b. Jika Pinjaman kereta anda RM45000 dengan interetest 3% setahun. Anda memilih tempoh pinjaman 9 tahun. Bermakna jumlah pinjaman anda menjadi RM57750. (RM45000–pinjaman + RM12150 Interest). Jumlah bayaran bulanan : RM529.17. Sememangnya pilihan b akan membuka mata anda. Nilai bulanan b memang murah. Tetapi beban interest terlalu tinggi. Bukan setakat beban interest. Tetapi beban untuk menempuh bayaran bulanan selama 9 tahun. Aduhhai lamanya. Perlu di ingat, harga kereta ada susut nilainya. Berbanding dengan rumah, sedikit sebanyak mesti ada tambah nilainya selepas 5 atau 6 tahun akan datang.
Ambil kira aspek penjimatan minyak kereta. Belilah kereta yang jimat minyak. Lebih jimat penggunaan minyak sepanjang bulan, lebih banyak duit poket yang anda boleh simpan. Jangan gopoh membeli kereta yang mewah, sedangkan anda terseksa dek melayan bebanan duit minyak kereta setiap bulan. Jangan terperdaya dengan pujukan rayu penjual kereta. Ambil sedikit masa melakukan survey sebelum memutuskan membeli dan membuat pinjaman kereta. Tak perlu gopoh dan ikut kehendak nafsu. Fikirkan perkara 1-5 sebaik2 mungkin sebelum membeli kereta. Gunakan tips2 ini sebelum anda membeli kereta. Harap tips2 ini dapat membantu anda semua untuk membeli kereta.

No comments:
Post a Comment