Saturday, September 3, 2011

Tips Menjaga Rahsia

Menjaga rahsia merupakan satu amanah dan tugas yang amat berat untuk di pikul. Ada beberapa cara kita untuk menyimpan atau menceritakan rahsia. Rahsia hanya dikongsi dengan orang yang benar2 kamu percayai. Seeloknya dengan ahli keluarga sendiri. Elakkan berkongsi rahsia dengan orang yang baru kita kenali, bimbang dia gagal menjaga rahsia itu. Jangan menceritakan rahsia besar dengan sepenuhnya. Ini bagi mengelakkan teman yang dikongsi tidak mampu menjaga amanah. Sekurang2nya rahsia tidak terdedah sepenuhnya. Kamu boleh meenguji terlebih dahulu orang yang kamu ingin kongsi rahsia kerana orang yang kamu sangka baik belum tentu boleh di harapkan menyimpan rahsia. Pilih waktu yang tenang sebelum kamu meluahkan sebarang rahsia. Jangan di waktu terlalu gembira dan tidak di waktu terlalu sedih, bimbang kamu akan menyesal di masa hadapan. Fikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah apabila rahsia itu terbongkar supaya tidak gundah gulana jika perkara itu terjadi. Seandainya kamu di suruh untuk menyimpan rahsia, fikirkan terlebih dahulu sebelum menyanggupi, takut kamu yang akan di persalahkan jika rahsia itu terbongkar. Sentiasa menjaga hubungan diantara dua pihak sama ada si pemberi rahsia dan si pemengangnya amanahnya. Jika hubuungan rosak. khuatir rahsia sudah tidak lagi menjadi rahsia. Sentiasa ingat bahawa Allah Maha memerhatikan gerak geri kita. Setiap perilaku kita berada di bawah pengawasanNya. Orang yang beriman akan sentiasa menjaga amanahnya.

No comments: