Wednesday, September 7, 2011

Tips Menghantar Permohonan Kerja Melalui Email

Kali ni saya sekadar ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin ramai yang telah ketahui, tetapi baru2 ini saya menguruskan beberapa permohonan yang dikirim melalui email dan saya masih menjumpai beberapa perkara yang diambil ringan oleh pemohon. Saya akan menghuraikan beberapa perkara sahaja, mungkin ada perkara penting yang tertinggal, diharap ada yang sudi berkongsi pendapat pula dan menambahnya di ruangan komen.

1. Alamat email
Apabila permohonan melalui email dilakukan, pastinya kita akan menggunakan email untuk menghantar permohonan tersebut, adalah lebih baik jika kita mendaftarkan alamat email yang baru, sekiranya email sedia ada tidak melambangkan sesuatu yang menarik. Apa yang saya cuba sampaikan, adalah lebih baik sekiranya email permohonan itu menggunakan nama kita, seperti contoh ali.ahmad@gmail.com atau nama lain yang melambangkan perkara yang lebih serius. Perkhidmatan email percuma kini sudah begitu mudah untuk kita mendaftarkan email baru, termasuk untuk membuat email forwarding kepada email sedia ada kita sekiranya terdapat sebarang penerimaan email dan sebagainya.

2. Susun atur permohonan
Semasa memproses permohonan tersebut juga, saya lihat ada beberapa permohonan yang susun aturnya tidak menarik ataupun berterabur seperti seorang yang tidak pandai untuk menyusun atur dokumen melalui Microsoft Words, sedangkan di dalam skil Microsoft Wordsnya, diletakkan Very Good, jadi terdapat dua perkara berbeza antara permohonan yang diberikan dengan skil yang digunakan untuk membuat permohonan tersebut. Jika anda tidak mempunyai masa untuk membuat susun atur yang menarik, banyak templates yang anda boleh muat turun secara percuma di internet. Permohonan yang menarik pasti akan memberikan impak walaupun sedikit dalam permohonan anda.

3. Gambar
Sertakan gambar yang jelas, elakkan daripada menggunakan gambar yang anda copy dan crop dari mana2 laman sosial, dan pastikan ratio gambar itu adalah seperti asal jika anda melakukan editing kepada gambar tersebut. Apabila gambar itu telah di resize kepada ratio yang berbeza, kelihatan orang yang kurus menjadi gemuk, yang gemuk menjadi kurus dan ada juga yang kelihatan seperti senget disebabkan proses editing tersebut. Pastikan ratio sentiasa sama untuk tinggi dan lebar gambar itu semasa anda mengecilkan gambar tersebut dan sebagainya. Dan elakkan memasukkan gambar yang mempunyai orang lain dalam permohonan anda, kerana itu pastinya akan mengelirukan mereka yang memproses permohonan anda dan kebarangkalian anda akan diterima sudah semakin rendah, kecuali isi kandungan permohonan anda terlalu baik untuk dibuang.

4. Jenis dokumen
Semasa menulis permohonan anda, lebih baik untuk menukar format dari word atau sebagainya kepada format pdf untuk memudahkan dokumen itu di baca di mana2 komputer, kerana masih ada pejabat yang menggunakan Microsoft Words versi lama, dan anda menghantar dalam format .docx yang merupakan versi baru dan tidak dapat di baca dari versi lama. Ini akan merugikan anda kerana permohonan anda tidak dapat di baca dengan baik. Jika menggunakan .pdf, boleh dikatakan semua komputer boleh membaca file ini tanpa sebarang masalah, kerana pdf reader sudah tersedia di dalam komputer tersebut. Anda boleh menggunakan perisian seperti PrimoPdf untuk menukarkan dokumen permohonan anda kepada format pdf dengan percuma.

5. Bahasa
Gunakan bahasa yang baik, jika anda menulis dalam english, pastikan tiada salah ejaan di mana2, minta bantuan dari rakan2 untuk membaca dan membetulkan jika terdapat mana2 kesalahan ejaan dan sebagainya. Permohonan yang baik akan memberikan tanggapan yang baik kepada mereka yang memproses permohonan tersebut. Jika anda memohon untuk jawatan yang melibatkan perkara2 yang kreatif, tidak salah sekiranya anda melampirkan juga infografik ke dalam permohonan anda, sebagai salah satu bukti kemahiran dan kreativiti anda dalam melakukan kerja. Semoga anda akan memperolehi jawatan yang diinginkan, dengan pengalaman dan ciri2 lain yang memang bagus bersama dengan permohonan yang baik, kebarangkalian untuk anda dipanggil temuduga mahupun bekerja akan meningkat, kerana permohonan melalui email sudah menjadi kebiasaan dewasa ini, jangan rugikan masa anda, buatlah dengan bijak.

No comments: