Pihak pengurusan majalah Marvel Cormics mendedahkan bahawa adiwira Spider-Man terbaharu ialah lelaki berkulit hitam. Lelaki itu yang menjadi adiwira itu dikatakan pemuda kacukan kulit hitam dan Latin. Menurut pihak pengurusan komik tersebut, pemuda yang menjadi adiwira baharu itu ialah Miles Morales yang menggantikan Peter Parker yang telah meninggal dunia di tangan Green Goblin. Dalam edisi komik itu yang terbaharu berjudul Ultimate Fallou, Morales menanggalkan kostum penyamarannya dan mendedahkan mukanya buat kali pertama. Para peminat terpaksa menunggu sehingga satu pengumuman rasmi dibuat tentang bagaimana dia menjadi adiwira.
Friday, September 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment