Laporan Ancaman Keselamatan Internet Symantec Corp. (Symantec) bagi tahun lalu menunjukkan ancaman baharu besar-besaran berjumlah lebih 286 juta di seluruh dunia. Ini termasuk kes kecurian harta intelek, memancing data dan serangan malware beserta dengan beberapa perubahan besar-besaran dalam landskap ancaman siber. Naib Presiden Symantec bagi Rantau Asia Selatan, Eric Hoh berkata, bilangan ini akan terus meningkat. Ini akan mendorong penjenayah siber memperhalusi teknik serangan mereka untuk mencuri data2 dan harta intelek berharga, yang boleh mereka jual pada harga lumayan dalam ekonomi gelap. Tahun lalu, terdapat beberapa bentuk serangan yang menyasarkan syarikat dagangan awam, badan2 korporat multinasional dan agensi kerajaan, di samping beberapa syarikat kecil. Laporan itu juga menarik perhatian kepada pertumbuhan berterusan laman rangkaian sosial sebagai platform tebaran serangan. Kebanyakannya menyerang individu bagi mendapatkan maklumat peribadi mereka, manakala serangan sasaran berprofil tinggi, cuba untuk mencuri harta intelek atau menyebabkan kerosakan fizikal. Satu daripada teknik serangan utama yang digunakan di laman2 rangkaian sosial melibatkan penggunaan pelokasi sumber seragam (URL). Tahun lalu ujarnya, penyerang memuatkan berjuta2 pautan URL ini di laman rangkaian sosial untuk memperdaya mangsa agar terjebak dengan serangan memancing data dan malware ini, sekali gus meningkatkan kadar jangkitan. Pengguna dan perniagaan di Malaysia perlu mengambil langkah2 proaktif untuk melindungi dan menguruskan maklumat mereka daripada risiko keselamatan yang amat banyak ekoran percambahan peranti mudah alih dan perangkaian sosial.
Sunday, September 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment