Thursday, September 15, 2011

Jenayah Siber

Virus dan cecacing yang dihantar boleh memusnahkan sistem perisian. Penghantaran ini mungkin berbentuk dalam emel atau keluar discreen secara tiba2. Hati2 dan jangan sebarangan kita tekan yes atau setuju dengan apa yang keluar dipaparan. Penyamaran dengan menggunakan identiti orang lain dan meletakkan profile gambar orang lain yang tidak dikenali. Ia mungkin membuat ugutan dan bermacam2 fitnah kepada kita. Jangan muat turun apa2 perisian, maklumat, lagu dan video tanpa kebenaran rasmi pemilik dan cuba mengubah trademark imej asal. Ini adalah dikira sebagai muat turun haram kecuali sudah diberi status sebagai Free.

Penipuan Urus niaga dalam talian, Iklan barangan yang boleh diorder kemudian meminta pembeli memasukkan wang dahulu ke dalam akaun bank peribadi, tetapi barang yang dijanjikan tidak dihantar kepada pembeli kecuali dengan sebab2 tertentu. Kebanyakkannya tawaran yang diberikan sangat murah dan paling laris. Berhati2 dengan telefon kerana ada perilaku menyamar sebagai kakitangan bank dengan menyatakan pihaknya untuk sedang melakukan kerja2 naiktaraf akaun. Mereka akan meminta no akaun bank anda dan selepas itu ia memberitahu bahawa akaun anda tidak dapat di akses dan meminta anda memberikan kata laluan.

Kemudian wang simpanan anda akan ditransfer ke akaun lain dengan cara yang mudah. Di sini memberitahu kita bahawa jangan sesekali memberi apa2 maklumat diri jika ia dihubungi individu tidak dikenali dan pertanyaan yang melibatkan peribadi. Terutamanya tentang akaun bank. Berhati2 juga dengan peraduan atau apa2 di dalam Facebook atau laman sosial lain kerana ia meminta anda memasukkan no. telefon sebelum penyertaan. Kemudian beberapa SMS akan sampai di telefon anda untuk menekan Aktif atau ON bagi persetujuan peraduan. Jika anda tekan ON maka kredit anda mungkin disedut secara beransur. Anda boleh cuba untuk membalas kembali SMS dengan menaip STOP/OFF kepada perkhidmatan tersebut.

Berhati2 dengan Chating atau internet perbualan dengan individu yang baru dikenali terutamanya kepada wanita atau perempuan yang akan menjadi mainan kata2 mereka, kemudian cuba untuk berkata2 cinta dan sayang kemudian beransur2 kepada lucah sekali gus ia mungkin mampu untuk mendapatkan gambar2 bogel yang boleh dirakam oleh individu tersebut. Kemudian mereka akan mengugut untuk menyebarkan gambar2 tersebut dan meminta wang pembayaran. Mungkin juga ia sampai ke detik pertemuan daripada berchating dan ini lagi berbahaya. Berhati2 dengan laman web palsu yang ada sesetengah menyerupai web perbankan. Kebanyakkannya ia diiklankan ke dalam emel.

Apabila anda membuka emel tersebut dan menekan link web bank yang kebanyakkannya menyerupai perbankan talian contohnya maybank2u atau mana2 bank seterusnya jika anda memasukkan password akses bank anda sebenarnya ia telah disimpan dalam database laman web palsu dan transfer duit atau segala permindahan akaun akan dimasukkan kedalam akaun bank yang tidak dikenali. Oleh yang demikian, marilah kita sama2 membasmi penjenayah cyber ini kerana ia sangat2 berbahaya dan merisaukan kita, seelok2nya apa2 kemuskilan kita hendaklah merujuk kepada pihak yang sebenar. Jangan mudah dengan tipu daya yang menyamar sebagai ejen2 yang tertentu.

No comments: