Thursday, September 15, 2011

Sebenarnya, Lelaki Perlu Lebih Pandai Masak Berbanding Perempuan

Ramai yang kata, "perempuan tak tau masak tak boleh dibuat isteri". Masa tak matang dulu, saya pun pernah letakkan syarat, bakal isteri saya nanti mestilah seorang yang pandai masak. Tapi sekarang, saya dah tak jadikan ia sebagai syarat utama, syarat utama sekarang nie, dia nie mesti la comel xpun cutes, hahaha. Sebenarnya, lelaki lah yang perlu pandai masak berbanding perempuan. Kenapa saya kata macam tu? Meh saya bagitau sebabnya. DalamIslam tu sendiri. Suami WAJIB beri nafkah kepada isteri zahir dan batin. Nafkah ni termasuklah sediakan keperluan asas kepada keluarga iaitu, makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal. Firman Allah "Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik." Ha, nampak tak ? Sebenarnya, lelaki la yang perlu sediakan makanan kepada isteri. Bukan sebaliknya. Tugas isteri hanya melayan dan meringankan beban si suami. Tapi, untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga. Suami isteri mestilah harus saling tolong-menolong kan. Kesian pulak suami bekerja seharian cari rezeki. Balik rumah tiada orang yang masakkan untuknya. Kalau isteri pun bekerja macam mana ? Kesian jugak kat isteri yang tolong cari duit untuk keluarga. Pastu kena masakkan lagi untuk suami. Kalau suami pun pandai masak. Dua2 boleh support each other. Kan lagi sweet tu. Jadi, sebenarnya, perempuan yang pandai masak tu hanyalah bonus dalam perkahwinan. Janganlah kita meletakkan ianya sebagai syarat utama ye para lelaki sekalian. Sebabnya, kita lah yang perlu pandai masak lebih daripada isteri kita. Haish, tak boleh jadi. Saya pun nak kena belajar masak gak ni. Jom terjah blog Dapur Tanpa Sempadan sekarang. Ahaks..

No comments: