Seperti yang korang tahu yang setiap 1 April setiap tahun adalah hari April Fool. Bagi orang Islam adalah berdosa menyambutnya. Oleh kerana Google bukan syarikat orang Islam, maka Google menyambut April Fool ni. Cara Google menyambut April Fool dengan cara memperkenalkan Gmail Motion iaitu satu kaedah baru dalam email. Walaupun ia hanyalah sekadar gurauan dari Google, tapi amat teratur dengan perancangannya. Mungkin kerana Google bukan syarikat cap ayam ? Terdapat beberapa video mengenai Gmail Motion. Siap ada maklumat pasal Gmail Motion di Blog Google. Apabila pengunjung mahu mencuba aplikasi ini maka 1 gambar seperti di bawah ini muncul. Bagi saya, sebagai seorang pelajar dalam bidang teknologi maklumat, tidak mustahil ia boleh dilaksanakan. Mungkin bukan sekarang tapi akan datang siapa tahu ? Seperti yang terdapat dalam gambar kat atas tu tertulis “At least not yet” bukan seperti “it is not possible” Tapi kita jangan menipu macam Google ni. Ikut style Google yang kreatif untuk kita implement kat blog kita
Sunday, September 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment