Setelah berjaya pada skrin sentuh, dan turut diperkenalkan untuk desktop, kini Rovio bakal memperkenalkan permainan Angry Birds yang telah menjadi fenomena seluruh dunia itu ke laman sosial terkemuka didunia, iaitu Facebook. Ianya diperkatakan yang mana Rovio bakal memperkenalkan permainan Angry Birds pada Facebook dalam jangka masa sebulan lagi. Menariknya adalah berbeza dengan sebelum ini, Angry Birds pada Facebook akan membawakan beberapa aspek baru yang tidak pernah diperkenalkan sebelum ini, dan menariknya karakter babi padanya akan diberikan watak yang lebih penting daripada sebelumnya. Semestinya, dengan pengenalan pada Facebook, permainan tersebut akan mempunyai fungsi sosial terbina, yang akan membolehkan para pengguna bersaing bersama rakan2 mereka yang lain. Sementara menunggu Angry Birds dilancarkan, anda boleh mengikuti perkembangan berkenaan dengannya terus melalui laman Facebook Angry Birds.
Tuesday, September 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment