Proton Edar Sdn. Bhd. hari ini melancarkan kempen `Persona, Sememangnya Lebih Sempurna’ sebagai satu usaha untuk mendekati rakyat Malaysia dan meningkatkan keyakinan masyarakat melalui Persona yang merupakan kereta sedan terlarisnya. Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abdul Hamid berkata, Proton Persona menempa kejayaan sebagai salah satu model sedan yang mencatat prestasi paling cemerlang dalam pasaran hari ini. Melalui Persona kami bukan sahaja menawarkan harga kompetitif dan kenderaan berkualiti yang memberi lebih keyakinan kepada pemandu, malah kami turut menyumbang kepada keperluan gaya hidup mereka. Kempen `Sememangnya Lebih Sempurna’ bertujuan berkongsi pengalaman dengan rakyat Malaysia khususnya dalam memilih kereta yang sesuai untuk keperluan mereka, katanya dalam pelancaran kempen berkenaan di sini hari ini. Kempen berkenaan menampilkan tiga personaliti iaitu DJ Lin dari Suria FM, Aanantha dari THR Raaga serta Jack Lim dari MY FM sebagai Duta Persona. Ketiga2 duta Persona berkenaan akan berperanan sebagai mentor dan berkongsi pengalaman hidup melalui program masing2. Sebagai ibu tunggal, DJ Lin akan mengendalikan program bertujuan membantu ibu tunggal menghadapi cabaran. Jack akan mengendalikan program meningkatkan semangat dan sikap tidak menyerah kalah di kalangan belia dalam mencapai impian hidup masing2. Sementara Aanantha akan mengendalikan program kelas nyanyian, lakonan dan tarian di kalangan kanak2.
Sunday, September 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment